Pages

si kacak & si cantik

cik mun blogger

Thursday 26 April 2012

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..

Assalamualaikum..kepada semua sahabat-sahabat blogger..yang di sana mahupun di sinun..harap anda semua berada dalam keadaan sihat-sihat selalu hendaknya..=)

kalau korang perasan...semakin hari makin banyak kes ragut  kat malaysia nie kn!!....jd takot lak nak keluar berjalan..lebih2 lagi time sorang2 kn...adakah korang2 turut merasai nya??..kebimbangan aku da mencapai tahap maksimum da rasenye..yela..takot gak lau terjadi pada ahli keluarga mahupun sahabat2 handai...boleh katakan tiap2 hari keluar kt paper pasal ragut ni...mang dowg ni da tade kerja lain kew eh,,,hadui,,fenin2

yg lebih menakotkan,, dorg tuh tak berperike'human'an...sampai snggup berbunuh bagai..kejam sungguh kan..kebanyakkan mangsa peragut  ni perempuan...tapi,lelaki pown tak terkecuali ok!!....memang da tade kerja lain kew selain meragut ??..bukan senang nak hidop senang kan..mana ada jalan pintas nak berjaya..

dah macam2 langkah n tindakan di ambil untuk menangani masalah ni..tak kirelah terhadap peragut itu sendri mahupun yg diragut...tetapi.."ibarat mencurahkan air pada disposable raincoat".. masalah ni tetap berlanjutan kan..sapa pulak mangsa seterusnya??..adakah dari kalangan kita??..sama2lah kita berdoa moga malapetaka ini dijauhkan dari kita....adakah ianya cukup hanya dengan berdoa??..lebih baik jika doa kite tuh dilengkapi dengan mengamalkan langkah2 pencegahan terhadap kes ragut ini...mencegah itu lebih baik dr mengubati kan...mungkin ada dalam kalangan kita yg dah tau bagaimana untuk mencegahinya,dan mungkin juga ada yg tak berapa nak tauu..

tak salah rasanya kalau aku kongsikan sedikit informasi yg aku tau ni kat korang sebagai peringatan:-

DI MANAKAH PERAGUT DAN PENYELUK SAKU BERTINDAK:

  1.  Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
  2.  Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

BAGAIMANA IA BOLEH BELAKU:

  1.  Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
  2.  Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
  3.  Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
  4.  Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
  5. Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DARI DIRAGUT:

  1. Sentiasa membawa wang secara minima.
  2. Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  3. Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  4. Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif
  5. Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
  6. Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
  7. Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
  8. Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.

bersama2 lah kite menyelamatkan org tersayang...anda mampu mngubahnya...selamat beramal ye....tatatititutu
sumber
P/S : cegah sebelum terlambat


terima kasih, coz u all sudi membaca n merterjah entry saya,like kalau suke

9 comments:

terima kasih atas segala jasa baik anda kerana sudi meniggalkan coretan buat entri yang tidak seberapa ini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...